Media-media massa sering memaparkan dan menyiarkan isu-isu tentang sampah. Berdasarkan statistik lebih lebih kurang 15 juta tan sampah yang dihasilkan di Johor setiap hari. Daripada statistic ini tidak dapat dibayangkan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari diseluruh Negara serta diseluruh dunia. Umumnya system pelupusan merupakan satu system yang digunakan serta diaplikasikan dalam melupuskan sampah. Sistem pelupusan sering dikaitkan dengan cara pelupusan sampah. Oleh itu system pelupusan sampah amat penting bukan sahaja untuk memastikan kehidupan manusia semata-mata tetapi juga hidupan lain
PENGURUSAN SAMPAH
Pengurusan sampah
ialah pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan
dan pengawasan sampah. Istilah ini biasanya dikaitkan dengan bahan yang
dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sampah umumnya dilakukan
untuk mengurangkan kesannya kepada kesihatan, persekitaran atau estatik. Pengurusan
sampah boleh membabitkan pepejal, cecair, gas atau bahan radioaktif dengan
kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.
Amalan pengurusan
sampah berbeza antara Negara maju dan Negara membangun antara kawasan bandar
dengan kawasan luar bandar, dan antara penghasil kawasan kediaman dan penghasil
industri. Pengurusan untuk sampah tidak berbahaya bagi kawasan kediaman dan
institusi di kawasan di metropolitan biasanya merupakan tanggungjawab pihak
berkuasa kerajaan tempatan manakala sampah tidak berbahaya komersil dan
perindustrian biasanya merupakan tanggungjawab penjanaya.
PROSES PELUPUSAN
SAMPAH
Adakah anda tahu bagaimana proses yang dilakukan untuk
melupuskan sampah di tapak pelupusan sampah? Atau anda biasa dengar perkataan
tapak pelupusan sampah sahaja? Baiklah, dengan ini saya akan memberitahu serba
sedikit tentang proses pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah yang terletak di Bukit Bakri, Muar, Johor.
Gambar di atas adalah salah satu kawasan tapak pelupusan sampah yang ada di Johor. Di tapak perlupusan sampah ini terdapat sistem untuk menguruskan gas
dan juga leachate (air sampah).
Proses yang pada awalnya dilakukan adalah sampah-sampah akan
dimamapatkan di dalam lapisan dengan ketinggian tertentu. Di sini juga
mengamalkan proses kitar semula (pengasingan), di mana sebelum memasuki tapak
pelupusan, lori-lori sampah akan meninggalkan sampah di luar kawasan kitar
semula. Kemudian, sampah-sampah tersebut akan diasingkan mengikut jenis sampah
lalu akan dibawa ke tapak pelupusan.
Apabila sudah mencapai had ketinggian yang ditetapkan,
lapisan ini akan ditutup dengan tanah. Tetapi sebelum itu, pekerja-pekerja akan
menyembur EM (effective microorganisms)
untuk mempercepatkan proses pereputan sampah.
Mereka juga akan meletakkan lapisan HDPE Liner untuk
mengelakkan lapisan sampah itu terganggu. Jika anda dapat lihat gambar di atas,
HDPE Liner tersebut berwarna hitam.
Kualiti udara dan juga air bawah tanah akan dipantau dari
semasa ke semasa oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Jadi, pengurusan tapak
pelupusan sampah akan memastikan tiada leachate
yang akan meresap ke sumber air terdekat.
KAEDAH
KAEDAH PENGITARAN SEMULA
PVC, LDPE, PP dan PS dapat dikitar semula, walaupun bahan-bahan
itu biasamnya tidak dipungut. Barang-barang tersebut biaanya terdiri daripada
sejenis bahan sahaja dan oleh itu, menyebabakan agak mudah dikitar semula
menjadi keluaran baru. Pengitaran semula barang-barang yang kompleks (seperti
computer dan kelengkapan elektronik) adalah lebih sukar kerana barang-barang
itu perlu dibuka dan dipisahkan.
Pemprosesan semua
biologi
Bahan sisa yang bersifat organik seperti bahan
tumbuh-tumbuhan, sisa makanan dan keluaran kertas dapat dikitar semula dengan
menggunakan proses pengomposan dan pencernaan biologi untuk menguraikan jiirim
organik. Bahan organik yang dihasilkan kemudian dikitar semula menjadi sungkup
atau kompas bagi tujuan pertanian dan pelandskapan.
Tambahan lagi, gas sisa
daripada proses itu (sepsrti metana) dapt dikumpul dan digunakan bagi
menjanakan elektrik. Tujuan pemprosesan biologi dalam pengurusan sisa pada
dasarnya adalah untuk mengawal dan mempercepat proses semula jadi penguraian jirim organik.
Terdapat banyak kaedah dan teknologi pengomposan dan
pencernaan yang berbeza-beza dari kekompleksan, iaitu dari longgokkan kompos
rumah yang mudah sehingga pencernaan bekas tertutup skala perindustrian sisa
rumah campuran. Semua kaedah penguraian biologi biasanya dibezakan kepada
kaedah aerob dan kaedah anaerob, walaupun terdapat banyak kacukan yang terdiri
daripada kedua-dua kaedah tersebut.
Pemulihan tenaga
Kandungan tenaga bahan sisa dapat dimanfaatkan, baik secara
langsung dengan menggunakannya sebagai bahan api kebakaran langsung, mahupun
secara tidak langsung dengan memprosesnya menjadi jenis bahan api yang lain.
Pengitaran semula menerusi pengolahan haba yang berbeza-beza daripada
menggunakan bahan sisa sebagai sumber bahan api untuk pemasakan atau pemanasan
kepada bahan api dandang untuk menjanakan wap dan elektrik di dalam turbin.
Pirolisis dan pengegasan merupakan dua bentuk pengolahan
haba yang berkait, dengan bahan sisa dipanaskan sehingga suhu yang tinggi
menerusi penggunaan oksigen yang terhad. Proses itu biasanya dilakukan di dalam
sebuah bekas terkedap di bawah tekanan yang tinggi. Pirolisis sisa pepejal
menukarkan bahan tersebut menjadi produk pepejal, cecair dan gas. Cecair dan
gas boleh dibakar untuk menghasilkan tenaga atau ditapis menjadi produk-produk
yang lain. Sisa pepejal (arang) juga boleh ditapis lagi supaya dijadikan
produk-produk seperti karbon diaktifkan.pengegasan dan pengegasan arka plasma juga
digunakan untuk mengubah bahan organik secara langsung menjadi gas buatan (singas)
yang terdiri daripada karbon monoksida dan hidrogen. Gas itu kemudian daaat
dibakar untuk menghasilkan elektrik dan wap.
The 8 Best Places to Play Slots in Las Vegas - Mapyro
ReplyDeleteIf you're looking for a fun casino game 순천 출장샵 with 시흥 출장마사지 tons of slots, and tons of options, you'll 용인 출장샵 love to get your lucky 김해 출장샵 few at 경상북도 출장안마 this Las Vegas casino.